Tags

, , , ,

Dalam sejarah orang Arab, semasa jahiliyah, sebelum kedatangan Islam ada perang yang sangat terkenal. Perang itu dipanggil harbu dahis atau perang dahis. Perang yang berlangsung selama 40 tahun disebabkan perlombaan kuda. Dahis adalah nama bagi seekor kuda yang laju milik Qais bin Zuhair Al-absyi, tokoh Arab. Seekor lagi namanya Al-ghabra’ milik Huzaifah bin Badar Az-zibyani dari bani Zibyan. Pasal, kuda-kuda arab yang terkenal, mereka ada nama mereka sendiri.

Peperangan bermula apabila terjadi krisis antara kedua kabilah ini, ‘Absy dan Zibyan. Diceritakan, salah satu kabilah ada mengacau kawasan yang diprotek oleh kabilah lainnya. Di dalam nak selesaikan pertikaian itu, mereka adakan lomba kuda. Perlombaan itu mengambil masa banyak hari. Merentasi padang pasir, melerengi bukit, hutan dan sebagainya.

Hanya saja, zibyan ada tipu sikit. Bila dahis coba potong ghabra’, zibyan curi perhatian dahis sehinggah dahis tak dapat tumpukan perhatian dan tak dapat menang. Akhirnya ghabra’ menang. Terbukti tipu, bergaduh lagi. Tak selesai masalah. Maka berlakulah perang dahis, 40 tahun bunuh membunuh sesama mereka.
Macam mana peperangan itu boleh berhenti. Itu yang kita nak cerita.

Pemimpin arab 40 tahun kemudian adalah Al-Harits bin Auf. Dipanggil sayyidul arab, dengan pengaruhnya, dengan duitnya. Arab tu tak da sistem raja sangat. Ada beberapa raja Ghassan, tetapi arab padang pasir, mereka berkabilah-kabilah. Tapi ada satu orang yang dianggap penting, dengan harta dia, dengan akhlak dia yang baik macam layan tetamu, pemurah. Jenis kaki kedekut tak boleh jadi. Itu yang dipanggil sayyidul arab.

Satu hari Al-Harits bin Auf berjalan-jalan dengan Kharijah bin Sinan, satu kabilah dengan dia. Dia tanya pada Kharijah “Kau agak-agak lah, mana di antara kemah-kemah arab ini yang kalau aku pinang anaknya, dia berani tolak. Pasal aku sayyidul arab?”. Kharijah bin Sinan kata “Kalau kau pinang anak perempuan Aus Ath-Tha’i, barangkali dia berani tolak”.

Seorang lelaki, pemimpin arab pula, pantang dicabar. “Ok, aku akan pergi pinang”.
Diapun naik kuda dia, pergi ke kemah Aus Ath-tha’i. Sebaik sampai, diapun turun dari kuda dia terus berjumpa dengan Aus dan menyapa “Selamat pagi!”
“Apa khabar kau wahai Sayyidul Arab? Kenapa kau datang ke sini?” Tanya Aus keheranan. Pagi-pagi seorang pemimpin arab datang ke kemah dia.
“Aku datang bertujuan nak meminang!” Kata Al-Harits.
“Nak meminang anak aku? Kau pergi berambus!”.

Tercabar. Al-Harits pun naik kuda dia terus pergi dari situ dalam keadaan marah.
Istri Aus, dia dari bani Absy, tanya ke Aus “Siapakah yang kau cakap tadi, singgah sekejap terus pergi?”
“Sayyidul arab, Al-Harits bin Auf”
“Sayyidul arab? Kenapa tak jemput dia masuk, tetamu?”
“Dia datang nak meminang”
“Dia nak pinang siapa?”
“Meminang anak kita lah” —takkan dia pergi pinang bini dia kan
Istri Aus kehairanan. “kau tak nak bagi anak kau kahwin ke? Kalau kau tak nak bagi anak kau kahwin dengan Sayyidul Arab, pemimpin Arab, dengan siapa lagi kau nak kahwinkan anak kau?”
Aus terdiam. “Tapi, aku dah suruh dia belah dah!”
“Kau pergi untuk pujuk dia!” suruh isterinya.
“Dah aku nak cakap macam mana?”
“Kau cakap macam ni. Tadi tu aku tengah serabut kepala, mood tak elok. Jadi apa yang kau cakap tu aku tak seberapa dengar. Aku minta maaf banyak-banyak. Apa sahaja hajat kau, akan ada di sisi aku, Insyaallah.”
Maka Aus Ath-Tha’i pun mengejar Al-Harits lantas memohon maaf. Al-Harits pun menjawab, “Ok, tak apa-apa”.
“Sekejap, aku nak tanya anak perempuanku dulu” Kata Aus.

Maka Aus Ath-Tha’i pun panggil anak-anak perempuan dia, ada tiga. Panggil yang pertama, dia tanya “Kau nak menikah dengan Sayyidul Arab?”
Anak dia jawab “Pertama, aku tak seberapa cantik. Kedua, perangaiku pun susah kira sikit. Lagipun, dia bukan sepupu aku yang boleh segan nak zalim sama aku. Dia bukan jiran kita yang boleh dia segan sama kau. Aku tak nak”.
“Bagus, sila pergi. Panggil adik kau datang”.

Anak yang kedua pun ditanya dan bagi jawaban yang sama.
Anak yang ketiga ditanya, diapun jawab “Pertama, aku orang yang cantik. Kedua, aku ada akhlak yang menarik. Kalau dia nak buat benda tak betul dengan saya, sebagai istri, Tuhan tak akan bagi dah orang yang lebih baik dari saya. Sebab itu, saya sedia untuk jadi istri dia.”

Akhirnya, kawinlah mereka antara Al-Harits bin Auf dengan anak ketiga Aus Ath-tha’i. Kenduri biasa-biasa saja, kemahpun dekat-dekat situ.
Ketika Al-Harits nak malam pertama dengan istri dia, istri dia kata “Apa kau nak buat pada aku? Kau tak malu ke, sepupu aku ada, adik beradik aku ada, mak bapak aku ada dekat-dekat sini. Aku tak nak!” “ok lah” Malam tu tiada apa-apa berlaku.

Esoknya, Al-Harits bina kemah yang jauh ke tengah padang pasir. Ketika nak tidur dengan istri dia, istri dia berkata lagi “Kamu ni anggap aku sebagai apa? Wanita tawanan perang, hamba abdi? Terus kau masuk nak tidur dengan aku. Buat kenduri besar-besaran, sembelih kambing, sembelih unta, panggil oarang-orang arab. Baru boleh”. Malam itu pun tak jadi apa-apa juga. Al-Harits tanya ke Kharijah bin Sinan, Kharijah bin Sinan kata “perempuan cerdik”.

Selesai kenduri yang dipinta istri dia. Diapun hendak bermalam lagi dengan istrinya. Istrinya kata “Aku dengar-dengar cerita kau tu tak seperti mana yang kau yang aku tengok”. —Ada lagi masalah–. “Pemimpin arab macam apa kau ini. Boleh kau nak berseronok dengan perempuan sedangkan kaummu berbunuh-bunuhan sekian lama. Kau pergi selaku Sayyidul Arab, perdamaikan mereka, kemudian kau takkan kehilangan aku selamanya. Aku tunggu kau di sini”.

Maka, Al-Harits pun keluar kepada suku-suku itu dan mendamaikan mereka. Dikatakan, dia membayar harga 3000 ekor unta bagi tahun-tahun yang kehilangan.
Sejarawan Arab banyak memuji peranan Al-Harits bin Auf dalam menghentikan perang dahis. Tetapi yang sepatutnya dipuji adalah istri dia. Perempuan itu bernama Buhaitsah.

Advertisements